Thursday, December 25, 2008

Perjalanan Musik Aku

Aku start dengar musik masa aku tadika. Masa u aku layan lagu-lagu rock kapak macam Search, Wings dsb. Lagu feveret aku, Fantasia Bulan Madu...haha..Lepas naik sekolah rendah, aku layan lagu2 Dangdut dengan lagu Siti..er..Datuk Siti Nurhaliza..feveret aku tu..aku pernah gak la marah2 sebab lagu XPDC menang 1st carta dalam Musik2 dulu.Masa aku darjah lima, Mama aku beli kaset Aqua, Modern Talking dengan Boney M. Dari situ aku start layan musik2 berentak techno sampai lah aku naik tingkatan satu. Masa tu lagu rindu-serindu-rindunya tengah top. Memang aku suka gile lagu band masa tu. Cakap je band apa. Spoon?Scoin?Suma aku hafal lagu diorg. Sampai la satu hari tu aku tergerak nak beli kaset Scorpion. Aku x tau kenapa aku macam nak beli lagu berentak rock padahal sebelum ni aku x pernah berminat dengan band rock2 ni ( masa tu aku macam anggap Scorpion tu dah rock habis la..nama pon ganas..Kala Jengking).

Tapi x lama pon aku layan Scorpion tu. Masa aku form 3, aku pergi kt satu gerai jual kaset kt Machang, aku terpandang kaset XPDC. Terus aku rasa macam nak up sikit dari Scorpion( sebab time ni aku dah mula rasa Scorpion x berapa rock sebab banyak nyanyi lagu jiwang). Dari situ lah aku mula start berjinak-jinak dengan musik heavy metal. Aku ni jenis yang suka mengexplore musik. So, aku beli majalah ROTTW dan baca pasal band2 yang ada dalam majalah tu. Ada satu review menarik pasal band nama dia Cromok. Aku tros g kedai kaset dan cari Cromok. Lepas 2 aku memng fanatik dengan Cromok sampai aku digelar Hadi Cromok oleh member2 dan senior2 aku.

Masa aku layan Cromok aku try usha band2 len macam Sil Khannaz, FTG dan lain2 yang top masa 2. Masa aku masuk form 4, 'gejala' Skinhead melanda sekolah aku. Lagu2 ACAB, The Official(band ni feveret aku sampai skrg), Root n Boots selalu berkumandang dekat walkman aku. Time ni ramai la kawan2 aku botak kepala sebab terpengaruh (tapi aku tak haha). Tapi Skinhead top x lama jugak, sebab bila aku dah masuk form 5, Limp Bizkit dengan Linkin Park pulak naik. Rambut kawan2 aku yang botak sebelum ni dah bertukar jadi rambut er..menantang apa namanya tu..oh ya.. landak..(aku pon pernah wat rambut macam tu tapi kene gelak dengan family aku..lepas tu aku x buat dah). Tapi aku x layan Linkin Park sangat. Bagi aku musik diaorg cepat bosan.

X lama lepas tu kawan aku bagi aku 1 kaset suh try dengar. Aku dengar kaset 2 sambil gelak2 sebab lirik dia kelakar. Nak tau 2 kaset apa? Eminem. So aku pon mula layan lagu hip hop pulak dah...Too Phat 2 aku suka sampai sekarang. Tapi aku x suka negro punya rappers. X tau kenapa. sebab x kelakar kot?

Masa aku tengah layan hip hop 2 tu aku terbeli kaset the best of OAG ( sebab terpengaruh dengan review ROTTW jugak). Macam best pulak band ni..(shh..dulu aku ingat Radhi tu perempuan) start dari Oag aku mula mencari band2 tempatan yang lain. Cth dia Butterfingers, The Pilgrims, dan lain2 lagi.

Bila aku start buat diploma, genre musik yang aku layan dah berterabur. Masa tu kawan ramai, suma layan musik macam2, punk, grunge, punk rock, death metal, tah macam2 lagi aku pon x tau nak sebut..tapi aku lebih suka layan band2 punk rock dan emo rock macam Blink182, Sum 41, Alexis on Fire, Alkaline Trio(er ni genre apa ye), Sparta, blablabla...(Aku suka gile dengan Travis Barker, drummer Blink182.. sebab tu aku main drum)Dan masa diploma jugak la aku kenal band2 indie Malaysia macam Muck, Harmacy blablabla..Itu pon sebab kawan aku drummer band The Televators yang memperkenalkan aku dengan band2 nih.

Masa aku buat Ijazah, aku makin rapat dengan budak2 indie..Aku baru tau rupanya Malaysia ni bersepah band indie nih...diorang punya musik bagus2 dan boleh tahan gempak tapi masa aku layan 2 diorg x berapa 'ngetop' macam sekarang. Antara band Malaysia yang aku suka: Plague of Happiness, Muck, Hujan( yang dalam EP 123 Go je..Lagu2 lepas tu dah kureng sket), Bittersweet, Silwayd, Estrella, Jason Lo.

Klau band luar plak aku paling suka Arctic Monkeys, Alkaline Trio dengan Story of The Year, White Shoes and the Couples Company, Panic at the Disco, The Libertines, Radiohead, Blur, Placebo, NOFX, The Vines .. er... banyak lgi kalau aku nak list muntah korang.So dapat disimpulkan kat sini, aku adalah pendengar musik universal. Suma aku layan, janji kualiti musik diorg bagus, lirik boleh buat orang cair, aku dengar ja.Haha..(Shhh aku nak bagitau satu rahsia-jangan gelak...aku pernah layan New Boyz..tapi apa de hal?kata universal..Hahaha)

Eh tetiba aku terfikir sesuatu..pekende aku merepak dari tadi nih?

Wednesday, December 24, 2008

Filem?

Beberapa bulan lalu aku pernah menemuramah seorang pengarah filem terkenal tanah air (sebenarnya aku jadi jurukamera je masa tu). Pengarah ni memang terkenal dengan filem2 yang hampir semuanya dapat kutipan box office. Tapi walaupun gile babi punya top, pengarah ni selalu gak la dikritik sebab orang kata cite dia suma cite lawak bodoh, slapstik dsb. Kami tanya beliau " Kenapa En. XXX suka buat cite lawak/kelakar/komedi?" So dia jawab lebih kurang macam ni" Saya sebenarnya suka filem action, tetapi memandangkan market kat Malaysia ni lebih kepada komedi jadi saya lebih banyak dapat sponsor untuk buat filem komedi.Lagipun kt Malaysia ni memang kau dah confirm dapat pulangan kalau buat filem komedi berbanding genre lain.Kalau saya buat filem seni, tapi x berbaloi dengan bajet, x guna juga."

Betol jugak kata dia. Aku x boleh nak nafikan pasal tu. Katalah kamu habis RM3 juta untuk buat filem, tapi pulangan dia dapat dalam 200 ribu ja, isk...rugi besar tu...pening kamu cover balik duit yang kamu habiskan untuk buat filem tu. Aku pernah lepak kt kedai mamak bincang pasal benda ni dengan kawan aku. Kata kawan aku "x salah buat filem komedi, tapi buat lah betol2 sikit..ni asyik lawak zaman pak kaduk dulu diulangnya..filem buat main2..jalan cerita, make up,
setting, angle kamera suma kantoi. X kira filem apa yang dibuat, kalau jalan ceritanya bagus dan x merepek, confirm orang tengok punya."

Ye ke macam tu? Aku rasa tak semestinya macam tu. Cuba tengok filem Sepi. Jalan cerita dia not bad, pelakon x lah kotak sangat dah kamera angle adalah antara yang terbaik. Kualiti gambar pon x berdebu macam filem2 Melayu lain tambah lagi perisa lawak oleh Adflin Shauki. Orang tetap x tengok jugak. Kenapa?

Pada pendapat aku, masyarakat Malaysia sukakan filem komedi/lawak walaupon ianya lawak bodoh sebab xnak pening kepala bila tengok movie. Macam mama aku cakap " orang nak tengok movie nak release tension, bukan nak tambah tension." ye lah dah la penat lepas balik keje, pressure dengan bos lagi bagi keje macam2, melayan kerenah pelanggan yang x reti bahasa lagi, balik nak tengok filem xkan nak tension2 jugak. Baik cari satu filem yang boleh buat kau gelak2 pas2 tido dengan senang hati walaupon esoknya kau dah lupa apa yang kau gelak semalam. betol x.

Aku bukan nak back up pengarah yang aku cerita tadi, cuma aku nak bagitau, lantak korang la nak tengok movie apa pon. lawak bodoh ke slapstik ke, seni ke duit korang yang bayar untuk tengok filem tu. Kau dapat hiburan pengarah pon dapat hiburan sebab dapat duit yang korang laburkan 2.haha.

Dah, aku nak tengok cite komedi Malaysia, gelak2, tido..night2 :>

Monday, December 22, 2008

Batu/Aku Lelaki Kayu by Slam 7 Times

Biarkanlah aku menunggu di sini
Kala engkau ingin berpaling yang lain
Sampai nanti engkau tak mampu berdiri
Berpijaklah padaku lagi
Aku memang lelaki yang buta
Untuk menilai di mana benarnya cinta
Tapi ku mahu kau tahu
Aku adalah bintang yang kan tetap menjagamu
Aku adalah bintang yang kan menjagamu


Link : http://www.myspace.com/slam7times

Wednesday, December 17, 2008

Imaging Selfs

Imaging Selfs adalah pameran fotografi potret penggiat2 seni di Malaysia oleh Soraya Yusof Talismail. So pada mereka2 yang berminat nak tengok silalah ke Galeri Seni Petronas dkt KLCC. Pameran tu diadakan pada 04 Nov 2008 sampai 18 Jan 2009. Lama tu. Aku baru pegi tengok tadi. Best. Bagi aku la..X tau la bagi korang macammana hehehe...Cuma agak mengecewakan bagi aku sebab x dapat poster exhibition tu...pelik..selalunya ada..tp ada gak poster free cuma bukan poster Imaging Selfs la..huhu...enjoy..

Tuesday, December 16, 2008

Membebel Jap

Sebenarnya aku x suka menulis...sebab tu aku x byk menulis dalam blog nih..tp kadang2 ada gak rasa nak menaip tapi aku x tau nak tulis apa..aih..setiap kali aku nak menaip aku blank.macam sekarang aku still blur2 lg x tau nak cakap apa.hahahahahaha

Sesi Huhahuha di Kuala Lumpur


Sunday, December 14, 2008

Adik

Ini adik aku..namanya Alia.Umur 6 tahun +..huhu