Thursday, December 25, 2008

Perjalanan Musik Aku

Aku start dengar musik masa aku tadika. Masa u aku layan lagu-lagu rock kapak macam Search, Wings dsb. Lagu feveret aku, Fantasia Bulan Madu...haha..Lepas naik sekolah rendah, aku layan lagu2 Dangdut dengan lagu Siti..er..Datuk Siti Nurhaliza..feveret aku tu..aku pernah gak la marah2 sebab lagu XPDC menang 1st carta dalam Musik2 dulu.Masa aku darjah lima, Mama aku beli kaset Aqua, Modern Talking dengan Boney M. Dari situ aku start layan musik2 berentak techno sampai lah aku naik tingkatan satu. Masa tu lagu rindu-serindu-rindunya tengah top. Memang aku suka gile lagu band masa tu. Cakap je band apa. Spoon?Scoin?Suma aku hafal lagu diorg. Sampai la satu hari tu aku tergerak nak beli kaset Scorpion. Aku x tau kenapa aku macam nak beli lagu berentak rock padahal sebelum ni aku x pernah berminat dengan band rock2 ni ( masa tu aku macam anggap Scorpion tu dah rock habis la..nama pon ganas..Kala Jengking).

Tapi x lama pon aku layan Scorpion tu. Masa aku form 3, aku pergi kt satu gerai jual kaset kt Machang, aku terpandang kaset XPDC. Terus aku rasa macam nak up sikit dari Scorpion( sebab time ni aku dah mula rasa Scorpion x berapa rock sebab banyak nyanyi lagu jiwang). Dari situ lah aku mula start berjinak-jinak dengan musik heavy metal. Aku ni jenis yang suka mengexplore musik. So, aku beli majalah ROTTW dan baca pasal band2 yang ada dalam majalah tu. Ada satu review menarik pasal band nama dia Cromok. Aku tros g kedai kaset dan cari Cromok. Lepas 2 aku memng fanatik dengan Cromok sampai aku digelar Hadi Cromok oleh member2 dan senior2 aku.

Masa aku layan Cromok aku try usha band2 len macam Sil Khannaz, FTG dan lain2 yang top masa 2. Masa aku masuk form 4, 'gejala' Skinhead melanda sekolah aku. Lagu2 ACAB, The Official(band ni feveret aku sampai skrg), Root n Boots selalu berkumandang dekat walkman aku. Time ni ramai la kawan2 aku botak kepala sebab terpengaruh (tapi aku tak haha). Tapi Skinhead top x lama jugak, sebab bila aku dah masuk form 5, Limp Bizkit dengan Linkin Park pulak naik. Rambut kawan2 aku yang botak sebelum ni dah bertukar jadi rambut er..menantang apa namanya tu..oh ya.. landak..(aku pon pernah wat rambut macam tu tapi kene gelak dengan family aku..lepas tu aku x buat dah). Tapi aku x layan Linkin Park sangat. Bagi aku musik diaorg cepat bosan.

X lama lepas tu kawan aku bagi aku 1 kaset suh try dengar. Aku dengar kaset 2 sambil gelak2 sebab lirik dia kelakar. Nak tau 2 kaset apa? Eminem. So aku pon mula layan lagu hip hop pulak dah...Too Phat 2 aku suka sampai sekarang. Tapi aku x suka negro punya rappers. X tau kenapa. sebab x kelakar kot?

Masa aku tengah layan hip hop 2 tu aku terbeli kaset the best of OAG ( sebab terpengaruh dengan review ROTTW jugak). Macam best pulak band ni..(shh..dulu aku ingat Radhi tu perempuan) start dari Oag aku mula mencari band2 tempatan yang lain. Cth dia Butterfingers, The Pilgrims, dan lain2 lagi.

Bila aku start buat diploma, genre musik yang aku layan dah berterabur. Masa tu kawan ramai, suma layan musik macam2, punk, grunge, punk rock, death metal, tah macam2 lagi aku pon x tau nak sebut..tapi aku lebih suka layan band2 punk rock dan emo rock macam Blink182, Sum 41, Alexis on Fire, Alkaline Trio(er ni genre apa ye), Sparta, blablabla...(Aku suka gile dengan Travis Barker, drummer Blink182.. sebab tu aku main drum)Dan masa diploma jugak la aku kenal band2 indie Malaysia macam Muck, Harmacy blablabla..Itu pon sebab kawan aku drummer band The Televators yang memperkenalkan aku dengan band2 nih.

Masa aku buat Ijazah, aku makin rapat dengan budak2 indie..Aku baru tau rupanya Malaysia ni bersepah band indie nih...diorang punya musik bagus2 dan boleh tahan gempak tapi masa aku layan 2 diorg x berapa 'ngetop' macam sekarang. Antara band Malaysia yang aku suka: Plague of Happiness, Muck, Hujan( yang dalam EP 123 Go je..Lagu2 lepas tu dah kureng sket), Bittersweet, Silwayd, Estrella, Jason Lo.

Klau band luar plak aku paling suka Arctic Monkeys, Alkaline Trio dengan Story of The Year, White Shoes and the Couples Company, Panic at the Disco, The Libertines, Radiohead, Blur, Placebo, NOFX, The Vines .. er... banyak lgi kalau aku nak list muntah korang.So dapat disimpulkan kat sini, aku adalah pendengar musik universal. Suma aku layan, janji kualiti musik diorg bagus, lirik boleh buat orang cair, aku dengar ja.Haha..(Shhh aku nak bagitau satu rahsia-jangan gelak...aku pernah layan New Boyz..tapi apa de hal?kata universal..Hahaha)

Eh tetiba aku terfikir sesuatu..pekende aku merepak dari tadi nih?

Wednesday, December 24, 2008

Filem?

Beberapa bulan lalu aku pernah menemuramah seorang pengarah filem terkenal tanah air (sebenarnya aku jadi jurukamera je masa tu). Pengarah ni memang terkenal dengan filem2 yang hampir semuanya dapat kutipan box office. Tapi walaupun gile babi punya top, pengarah ni selalu gak la dikritik sebab orang kata cite dia suma cite lawak bodoh, slapstik dsb. Kami tanya beliau " Kenapa En. XXX suka buat cite lawak/kelakar/komedi?" So dia jawab lebih kurang macam ni" Saya sebenarnya suka filem action, tetapi memandangkan market kat Malaysia ni lebih kepada komedi jadi saya lebih banyak dapat sponsor untuk buat filem komedi.Lagipun kt Malaysia ni memang kau dah confirm dapat pulangan kalau buat filem komedi berbanding genre lain.Kalau saya buat filem seni, tapi x berbaloi dengan bajet, x guna juga."

Betol jugak kata dia. Aku x boleh nak nafikan pasal tu. Katalah kamu habis RM3 juta untuk buat filem, tapi pulangan dia dapat dalam 200 ribu ja, isk...rugi besar tu...pening kamu cover balik duit yang kamu habiskan untuk buat filem tu. Aku pernah lepak kt kedai mamak bincang pasal benda ni dengan kawan aku. Kata kawan aku "x salah buat filem komedi, tapi buat lah betol2 sikit..ni asyik lawak zaman pak kaduk dulu diulangnya..filem buat main2..jalan cerita, make up,
setting, angle kamera suma kantoi. X kira filem apa yang dibuat, kalau jalan ceritanya bagus dan x merepek, confirm orang tengok punya."

Ye ke macam tu? Aku rasa tak semestinya macam tu. Cuba tengok filem Sepi. Jalan cerita dia not bad, pelakon x lah kotak sangat dah kamera angle adalah antara yang terbaik. Kualiti gambar pon x berdebu macam filem2 Melayu lain tambah lagi perisa lawak oleh Adflin Shauki. Orang tetap x tengok jugak. Kenapa?

Pada pendapat aku, masyarakat Malaysia sukakan filem komedi/lawak walaupon ianya lawak bodoh sebab xnak pening kepala bila tengok movie. Macam mama aku cakap " orang nak tengok movie nak release tension, bukan nak tambah tension." ye lah dah la penat lepas balik keje, pressure dengan bos lagi bagi keje macam2, melayan kerenah pelanggan yang x reti bahasa lagi, balik nak tengok filem xkan nak tension2 jugak. Baik cari satu filem yang boleh buat kau gelak2 pas2 tido dengan senang hati walaupon esoknya kau dah lupa apa yang kau gelak semalam. betol x.

Aku bukan nak back up pengarah yang aku cerita tadi, cuma aku nak bagitau, lantak korang la nak tengok movie apa pon. lawak bodoh ke slapstik ke, seni ke duit korang yang bayar untuk tengok filem tu. Kau dapat hiburan pengarah pon dapat hiburan sebab dapat duit yang korang laburkan 2.haha.

Dah, aku nak tengok cite komedi Malaysia, gelak2, tido..night2 :>

Monday, December 22, 2008

Batu/Aku Lelaki Kayu by Slam 7 Times

Biarkanlah aku menunggu di sini
Kala engkau ingin berpaling yang lain
Sampai nanti engkau tak mampu berdiri
Berpijaklah padaku lagi
Aku memang lelaki yang buta
Untuk menilai di mana benarnya cinta
Tapi ku mahu kau tahu
Aku adalah bintang yang kan tetap menjagamu
Aku adalah bintang yang kan menjagamu


Link : http://www.myspace.com/slam7times

Wednesday, December 17, 2008

Imaging Selfs

Imaging Selfs adalah pameran fotografi potret penggiat2 seni di Malaysia oleh Soraya Yusof Talismail. So pada mereka2 yang berminat nak tengok silalah ke Galeri Seni Petronas dkt KLCC. Pameran tu diadakan pada 04 Nov 2008 sampai 18 Jan 2009. Lama tu. Aku baru pegi tengok tadi. Best. Bagi aku la..X tau la bagi korang macammana hehehe...Cuma agak mengecewakan bagi aku sebab x dapat poster exhibition tu...pelik..selalunya ada..tp ada gak poster free cuma bukan poster Imaging Selfs la..huhu...enjoy..

Tuesday, December 16, 2008

Membebel Jap

Sebenarnya aku x suka menulis...sebab tu aku x byk menulis dalam blog nih..tp kadang2 ada gak rasa nak menaip tapi aku x tau nak tulis apa..aih..setiap kali aku nak menaip aku blank.macam sekarang aku still blur2 lg x tau nak cakap apa.hahahahahaha

Sesi Huhahuha di Kuala Lumpur


Sunday, December 14, 2008

Adik

Ini adik aku..namanya Alia.Umur 6 tahun +..huhu

Tuesday, November 25, 2008

Ada SLR Tak Semestinya Gambar Cantik

Siot tol..x puas aku cuba snap3 gambar x jadi2 jgk...hurm..agaknya kene masuk kelas kot..kelas photo mahal plak..aih..

Goodbye Seksyen 7

Monday, November 10, 2008

Filem Yang Aku Suka

Hobi aku menonton movie. Aku bley layan sampai 5-6 movie satu hari. Kalau nak list movie yang aku suka, memnag banyak gile...tp ni list filem yang aku paling suka setakat ni.

1. A Clockwork Orange-Paling aku suka setakat ni.Dr pengarah paling aku suka-Stanley Kubrick.Story dia aku x reti nak cerita.Sangat complicated{bagi aku la}haha..

2. Trainspotting-Nak tau macammna rasanya jadi penagih dadah?Tengok la cite ni.

3. Pulp Fiction-Jalan cite mengelirukan.Kejap ke depan kejap ke belakang.Tp itu la tarikan cite nih.

4. This Is England-Jom training jadi Skinhead hahaha

5. The Seven Year Itch-Marilyn Monroe sangat cantik. Tu penarik cite ni.

6.
Quadrophenia-Sebelum kewujudan Skinhead, geng ni wujud dulu.Sape2 ada Vespa atau Lambretta digalakkan tengok.

7.
Evita-Sape ingat lagu Don't Cry for Me Argentina?Tu soundtrack filem ni yang paling top.

8.
Green Street- Kt Malaysia ada ke penyokong West Ham?Cerite tentang Hooligan di London

9.
The Chumscrubber-Kenapa remaja x suka bercakap dengan parents diorag?Misteri 2 diselesaikan oleh cite ni.

10.
American Beauty-Kenapa remaja x suka bercakap dengan parents diorag?Misteri 2 diselesaikan oleh cite ni jugak tp dalam persepsi berbeza.

11.
Jogho-Pasal lembu pon bley jadi cite bagus..syabas..

12. Amelie-Movie dari France...Menceritakan tentang tabiat manusia.

13. Goodbye Lenin-Produk Jerman.Best.korang tgk sendirilah.

15. Big Fish-Cerita juga macam makanan, x sedap kalau x tambah ajinomoto hahahaa...

16. Perfume-Tgk cite ni terasa macam nak beli perfume plak.sirius.Seronok dgn feel cite ni seolah2 kamu terbau perfume dia.

17. The Moss- Cite dari China..tentang polis undercover yang korup dan pelacur.Br tgk smlm

18. Control- Kisah band Joy Division.

19. Blood Diamond-Berlian boleh membuatkan 1 negara huru hara

20. Catch Me If You Can-Kisah benar tentang pemalsuan cek.Tgk bagaimana watak utama cite ni melepaskan diri dari ditangkap polis.

21. V for Vendetta-Oh kontroversi...x bley cite sinopsis dia.hehehe

22. Across The Universe-The Beatles versi moden

Kalau korang nak cari cite2 ni...hurm kebanyakannya susah nak dapat kt kedai2 DVD kt Malaysia nih. Solution dia download dkt internet atau try la cari kt kedai yang jual DVD pirate.Kalau ada luck jumpa la 2.OK.Selamat menonton.

Pengarah Filem Feveret Aku

1. Stanley Kubrick
2. Quentin Tarantino
3. Christopher Nolan
4. Tim Burton
5. U-wei
6. Yasmin Ahmad

Kelirulah I

Dalam cite Mat Salih, aku kadang2 terasa ada beberapa kekeliruan...Cthnya,..

1. Biasanya dalam cite penyiasatan, action misteri dan cite yang sewaktu dengannya, hero kalau nak cari maklumat yang gile babi punya complicated diorang taip dkt google je...search..tros jumpa.Sedangkan aku nak cari maklumat pasal aircond pon susah..yang ada cuma iklan je..hurm,misteri..

2. Orang jahat kalau tembak hero sampai abis peluru pon mesti x kena..walaupon org jahat 2 ada 10 orang tp kalau hero yang tembak sekali je tros terguling berdarah2 orang jahat 2...wah..hero betol.

3. Anak2 buah ketua penjahat senang2 je mati...sekali tembak je dah out..tp kalau ketuanya lepas kene pukul, kene tembak 10 kali baru mati. 2 pon sempat lagi bercakap dengan hero sebelum mati.hurm...

ada banyak lagi tp aku lupa..sebab ngantuk kot..mebi esok2 kalau aku igat aku tambah2 lg..zzzzzzzzzzzz

Gambar Seperti Ini Dipanggil..er...

You Ni Photographer ke?

Peh....soalan maut ni selalu ditanya pada aku....mmg perangai org ni kalau nampak mamat kacak bawak kamera gedabak besar tros cop orang 2 photographer,walaupon mamat kacak 2 pakai kamera pinjam je..mungkin disebabkan 2 jugak ada orang tanya aku ni photographer ke x..biar aku explain sikit....aku bukan photographer.Aku x reti pakai kamera..jauh lg nak jd photographer..Sirius..Betol aku ada kamera gedabak sebijik tp sumpah aku x tau guna..dah try belajar x lepas2 jugak...susah tol nak amik gambo rupanya..aku selalu baca dalam blog,dgr2 org yang terer photo cakap pasal ramai budak2 skrg ada DSLR tp x reti nak pakai{2 termasuk aku la 2}....beli buat berlagak dkt member2{tp yg ni aku x,aku beli sebab minat}...tp ambik gambar macam kayu..cara pegang kamera pon salah{mcm aku la 2,tp skrg aku dah tau cara betol haha :>}..kenyataan 2 betol.memang ramai orang macam 2.Sebab 2, aku nak belajar pakai kamera betol2..biar aku tau pakai supaya xde la orang cakap kamera je besar tapi amek gambar macam haram jadah hehehe...so arap2 lps ni xde dah orang tanya aku,you ni photographer ke?OK..Dah aku nak baca Digital Camera Magazine jap...hehehe

Thursday, November 6, 2008

Belakang Rumah


Monday, November 3, 2008

Fina Di Sunway


Tuesday, October 28, 2008

Aku Pengawas

Walaupun aku nampak macam bodoh2 alang, tp masa sekolah dulu aku sempat jd pengawas. Asalnya aku memang xnak. Masa cikgu mintak aku jadi pengawas, aku ckp aku x nak. Cikgu aku kata xpe xnak dia x paksa. Sekali masa rehat,dia panggil suma budak2 yang xnak jadi pengawas masuk bilik dia. Dia ckp "bagi 10 alasan sebab xnak jadi pengawas". Aku diam. Suma budak2 pon diam. Lps 2 dia bagi borang pengawas suh isi. Maka dgn terpaksa aku isi borang 2 bersama lebih 10 org bdk2 len. Dalam borang 2 ada tulis :

Saya mahu jadi pengawas kerana:
_______________________________________________

Aku selamba je tulis : Dipaksa oleh Cikgu ********.

Serius. Aku x tipu.Nasib baik cikgu aku gelak je baca benda 2.Kalau x mati aku.

Thursday, October 23, 2008

Lagu Rakyat-Puteri Santubong

Lagu ni macam ada kuasa mistik sikit hehehehe...serius aku ngeri dengar lagu ni..kt sarawak ada lagenda Puteri Santubong..kt tempat aku plak ada lagenda Puteri Saadong..isk pelik tol nama puteri2 kayangan nih...

Puteri Santubong puteri sejenjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan
( syair )Ooo... puteri santubongMenenun kain... siang
Ooo... puteri sejenjangMenumbuk padi... malam
Satu hari nya duak kelayi
Beranok-anok sik renti-renti
Sorang madah dirik bagus agik
Sorang sik ngalah sampei ke mati
Yalah kisah duak 'rang puteri
Suka kelayi setiap hari
Lalu disumpah raja kayangan
Menjadi gunung Negeri Sarawak

Uh,..demit..x dpt tdo plak mlm nih

Rutinnya

12:00 a.m

Kunci jam kol 5:30 pagi.Esok nak bangun awal.zzzzzz......

5:30 a.m

Sedapnya tdo..baru kol 5:30..tdo lg 1/2 jam(kunci jam blk).zzzzzzz...

6:00 a.m

Sempat lagi ni tdo 10 minit lg(snooze alarm)...zzzzzzzzzz......

6:10 a.m

5 minit lagi lah..5 minit je..zzzzzzz.....

10.00 a.m

Alamak!!Over sleep!!!

Sunday, October 19, 2008

Oldies




Ini Ayah aku zaman muda2 dulu..hahaha xdelah..aku dari dulu lagi suka gambar2 mcm ni.Sebenarnya aku baru belajar buat gambar mcm ni kt photoshop tutorial..nilah hasilnya yang aku dapat..x tau korang suka ke x..tp aku suka haha

KAMI the Concert




Smlm aku pergi ke KAMI the concert dengan kawan aku,Mambang.Ramai gile crowd datang termasuk budak2 sekolah huehuehue.Malang sikit smlm aku x sempat nak tengok band member aku main,Harmacy.Kecewa tol..Nasib baik ada Estrella..tp,hujan menggagalkan aku untuk ambik gambar diorg perform..adeh...ni antara gambar2 yang sempat aku tangkap smlm

Monday, October 13, 2008

Sony Alpha 200 Camera Test

Apa Pandangan Korang?

Thursday, October 9, 2008

Kisah Berjalan

Aku amat suka berjalan-jalan...kalau korang nampak jejaka kacak berjalan-jalan sorang2 kt mana2 tu,itu aku lah... kenapa aku jalan sorang?um,..aku lebih senang berjalan sorang2 sebab:

1. Aku suka naik tren berbanding naik kete, moto, atau skuter vespa. kawan2 aku kalau xde kete moto mcm patah kaki hahahaha...

2. Kalau jalan ramai2 bg aku leceh sikit sebab suma org ada hal masing2, jd masa untuk aku pilih barang terhad sebab sorang nak g beli baju kt BB, sorang nak g Low Yatt, sorang lg nak g tandas "high class" dkt KLCC sebab tandas awam lain kt malaysia ni agak *trainspotting.Leceh tol..

3. Sebab paling besau sekali adalah aku xde awek.hahahahaha.......mana x sorangnya member2 suma kuar dating ja memanjang hahaha...kalau aku bosan time member2 dating, aku kuar la jalan2 sorang2 sebab nak kuar dgn awek aku xde awek..


*trainspotting 2 tajuk movie.korang tengok la cite 2 dan tengok tandas dia macam mana...aku x sanggup nak cite takut korang muntah2 plak..

KAWAN

Bersama rakan-rakan..masa ni tengah berteduh sebab hujan..basah-basah pon sempat lg ngambik gambo hahahah...apa?mana satu aku?Cr yang paling kacak sekali tp x berapa tinggi..itulah aku hahaha...

p/s: sori aku x pandai ngedit gambo..ni ja yang mampu aku buat huhuhu

Tuesday, October 7, 2008

Ini kawan aku..nama dia Mambang..yang x nampak muka 2 namanya Pagau..yang muka ala2 Mike Myers 2 aku..hehehe

Kenangan Di Goh Tong City II


Aku dgn Kak Wawa.Genting.Tarikh..er..lupa

Kenangan Di Goh Tong City


X SUKA!

Perkara yang aku paling menyampah awal bln ni :

1. kawan aku suma dah tgk KAMI the movie..aku ja blom lg...siot tol la...
2. raya macam x raya ja...JAM memanjang...adeh..nak kuar rumah x bley...
3. duit raya (hehe) tahun ni sikit....family aku suma tengah pokai..harga minyak naik punya pasal la ni...rasa mcm nak pindah kt arab ja...isk la
4. br dua tiga hari lps raya..berat aku dah naik 3 kilo?mesin timbang 2 rosak ke hape nih....
5. Nikon D40 dah x kuar....adeh br nak beli...demit

Dah Start Dah

Jaga2..aku dah start blog....June mesti jeles dengan aku pasni khahahahaha...