Wednesday, December 24, 2008

Filem?

Beberapa bulan lalu aku pernah menemuramah seorang pengarah filem terkenal tanah air (sebenarnya aku jadi jurukamera je masa tu). Pengarah ni memang terkenal dengan filem2 yang hampir semuanya dapat kutipan box office. Tapi walaupun gile babi punya top, pengarah ni selalu gak la dikritik sebab orang kata cite dia suma cite lawak bodoh, slapstik dsb. Kami tanya beliau " Kenapa En. XXX suka buat cite lawak/kelakar/komedi?" So dia jawab lebih kurang macam ni" Saya sebenarnya suka filem action, tetapi memandangkan market kat Malaysia ni lebih kepada komedi jadi saya lebih banyak dapat sponsor untuk buat filem komedi.Lagipun kt Malaysia ni memang kau dah confirm dapat pulangan kalau buat filem komedi berbanding genre lain.Kalau saya buat filem seni, tapi x berbaloi dengan bajet, x guna juga."

Betol jugak kata dia. Aku x boleh nak nafikan pasal tu. Katalah kamu habis RM3 juta untuk buat filem, tapi pulangan dia dapat dalam 200 ribu ja, isk...rugi besar tu...pening kamu cover balik duit yang kamu habiskan untuk buat filem tu. Aku pernah lepak kt kedai mamak bincang pasal benda ni dengan kawan aku. Kata kawan aku "x salah buat filem komedi, tapi buat lah betol2 sikit..ni asyik lawak zaman pak kaduk dulu diulangnya..filem buat main2..jalan cerita, make up,
setting, angle kamera suma kantoi. X kira filem apa yang dibuat, kalau jalan ceritanya bagus dan x merepek, confirm orang tengok punya."

Ye ke macam tu? Aku rasa tak semestinya macam tu. Cuba tengok filem Sepi. Jalan cerita dia not bad, pelakon x lah kotak sangat dah kamera angle adalah antara yang terbaik. Kualiti gambar pon x berdebu macam filem2 Melayu lain tambah lagi perisa lawak oleh Adflin Shauki. Orang tetap x tengok jugak. Kenapa?

Pada pendapat aku, masyarakat Malaysia sukakan filem komedi/lawak walaupon ianya lawak bodoh sebab xnak pening kepala bila tengok movie. Macam mama aku cakap " orang nak tengok movie nak release tension, bukan nak tambah tension." ye lah dah la penat lepas balik keje, pressure dengan bos lagi bagi keje macam2, melayan kerenah pelanggan yang x reti bahasa lagi, balik nak tengok filem xkan nak tension2 jugak. Baik cari satu filem yang boleh buat kau gelak2 pas2 tido dengan senang hati walaupon esoknya kau dah lupa apa yang kau gelak semalam. betol x.

Aku bukan nak back up pengarah yang aku cerita tadi, cuma aku nak bagitau, lantak korang la nak tengok movie apa pon. lawak bodoh ke slapstik ke, seni ke duit korang yang bayar untuk tengok filem tu. Kau dapat hiburan pengarah pon dapat hiburan sebab dapat duit yang korang laburkan 2.haha.

Dah, aku nak tengok cite komedi Malaysia, gelak2, tido..night2 :>

0 comments: