Friday, December 31, 2010

Azam 2011

Beli Ferari 5 bijik, Porsche 3 bijik, Veron 7 bijik.
Kawin 4 artis sekaligus.
Makan makanan seimbang sepanjang tahun.
Last sekali tukar selipar jepun gua kepada selipar yang berjenama.

Dah, x payah lebih-lebih..Nak lebih-lebih tunggu tahun depan.

Wednesday, December 29, 2010

Rumah

Gua selalu lepak dekat kedai makan area rumah gua. Kat kedai tu ada la sorang pak cik suka lepak kat situ. Satu hari tu, pak cik tu cakap dekat aku:

Pak Cik : Datang la majlis kahwin anak pak cik esok. Rumah pak cik kt bawah tu je.
Gua : Ooo rumah yang tengah pasang khemah-khemah tu ya? Baiklah, esok saya datang.
Pak Cik : Haa betul yang tu..datang ya esok. Bawak kawan-kawan sekali.

Esoknya, gua dengan beberapa orang kawan gua datang rumah pak cik tu. Sedap aih melantak, free la katakan. Gua ingat nak juga jumpa pak cik tu ucap terima kasih. Intai punya intai tak nampak jugak bayang pak cik tu. Ah, agaknya dia busy. Lepas siap melantak, gua dengan kawan-kawan gua blah sebab ke kedai runcit dekat seberang jalan rumah pak cik tu.

Tengah jalan, tiba-tiba gua berhenti. Seberang jalan, sebelah kedai runcit ada satu lagi rumah penuh dengan khemah-khemah. Depan rumah tu gua nampak pak cik sedang melayan tetamu-tetamu beliau. Damn.

Tuesday, December 28, 2010

Malam-malam senang buat kerja orang tak nampak pun

Ciri-ciri pembunuh bersiri(sumber dari filem mende tah aku tengok dalam bas).

1. Genius
2. Nerd
3. Pendiam

Homaigosh sama la kita hahaha..

Monday, December 27, 2010

Sesak

Masa aku tengah sesak ari tu, kawan aku bagi aku pinjam duit.
Dia kata ", Ni RM50 lu pakai buat makan tau. Lu jangan pakai buat pegi klabing plak. kang satu malam terus habis kang."
Aku balas balik ", Kalau buat makan,....RM50 hentam piza hat cukup ni."

Monday, December 20, 2010

Mat Lan lagi

"Susah-susah pun kita masih beruntung duduk Malaysia. Kalau duduk Palestin, tah macamana gaya nak hidup", Kata Mat Lan.

Aku diam. Cuba pandang panorama Bandar Tasik Selatan dari rumah aku. Mat Lan belek-belek puntung rokok dalam ashtray.

Ok. Itu menandakan dia tengah susah. Patut la tiba-tiba sampai ke Palestin dia cerita.

Buku

Apahal buku kat Popular suma harga RM30 ke atas? Macammana aku nak jadikan budaya membaca amalan kita macam ni. Encik June Jamaludin sila jawab. Tangan aku dah letar nak pegang buku baru ni hahaha..

Apahal aku makin emo sekarang?

Dulu aku bukan spesis maki orang. Ok. kalau maki pun belakang2 je..sekarang mamak salah hantar order pun boleh bikin gaduh. Kawan aku jua kata aku da berubah. Dammit mana pegi title nerd dan baik hati aku haa?

Tuesday, October 5, 2010

Tips Untuk Kelihatan Genius Seperti Saya

Anda mahu kelihatan genius tetapi tidak tahu caranya? jangan bimbang, entry kali ini akan membongkarkan rahsia untuk kelihatan genius, walaupun anda bukannya genius tulen seperti saya.

1. Hafal nama-nama tokoh-tokoh yang susah untuk disebut namanya. Contohnya, Friedrich Wilhelm Nietzsche, Gottfried Wilhelm von Leibniz, Rembrandt van Rijn dan sebagainya. Apabila anda bercakap, cuba kaitkan ayat-ayat anda dengan nama-nama mereka, walaupun ayat yang anda sebut tak ada kene mengena dengan tokoh-tokoh tersebut. Jangan takut kantoi, orang lain tidak mengenali mereka. Jika audiens anda mengenali tokoh-tokoh tersebut dan mereka kata mereka tidak pernah dengar quotes yang anda berikan, katakan sahaja mereka tidak cukup research. Ini menunjukkan anda lebih berpengetahuan daripada mereka.

2. Sekiranya anda terjumpa mana-mana artikel, blog, atau video orang lain yang cuba menunjukkan yang mereka pandai sangat, sila luangkan masa untuk menggoogle sekejap untuk membuat research mencari kesalahan-kesalahan kecil mereka dalam artikel tersebut dan hentam mereka cukup2. Sentiasa mulakan ayat anda dengan "mengikut pandangan/pengetahuan saya......" sebelum menghentam mereka. Dengan cara yang berhemah ini kebarangkalian untuk mereka menghentam anda balik adalah sangat tipis.

3. Diam dan bercakap bila perlu sahaja. Buat sentiasa buat muka seperti anda sedang memikirkan sesuatu, walaupun dalam kepala otak anda cuma berkhayal tentang Jessica Alba sedang menari bogel.

Akan bersambung.....saya mahu pergi makan. Lapar.

Monday, August 16, 2010

Antara Ayat Feveret Filem Melayu..eh..Malaysia

Ah!Aku tidak takut dan juga tidak gentar...Kamu panggil sesiapa saja di sini untuk beradu dengan aku.........tapi size kene sama la..Hah kamu..kamu mau beradu dengan aku? Heheh...tengok....ini menunjukkan yang aku tidak boleh dipandang rendah...oi tak aci la main pistol....tapi tu bukan sipi tau...aku yang elak - Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)


Muka macam mat salleh, tapi English tak pass ! Sedih, sedar sikit! - Sharifah Amani (Sepet)

tribute to Sin City


Saturday, August 14, 2010

Bola

Ah malas dah layan EPL...layan liga Perancis la plak...Apa? Marseille kalah juga? Huh layan Liga Guatemala la camni...

Monday, August 2, 2010

Cinta

Aboi : Berikan aku cinta.
Aku : Aaa?
Aboi : Sebelah ko tu la.

Oh Sardin cap Cinta rupanya.Ingatkan Aboi dah bertukar jadi gay tadi.

Tuesday, July 6, 2010

V

VoilĂ ! In view, a humble vaudevillian veteran, cast vicariously as both victim and villain by the vicissitudes of fate. This visage, no mere veneer of vanity, is a vestige of the vox populi, now vacant, vanished. However, this valorous visitation of a bygone vexation stands vivified, and has vowed to vanquish these venal and virulent vermin vanguarding vice and vouchsafing the violently vicious and voracious violation of volition! The only verdict is vengeance; a vendetta held as a votive, not in vain, for the value and veracity of such shall one day vindicate the vigilant and the virtuous. Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honour to meet you and you may call me V.

"V For Vendetta"

Wednesday, June 23, 2010

Kenangan


Rishi Kapoor, feveret hero dulu-dulu. Kacak. haha

Hari ni aku melayan lagu-lagu Hindi dari filem Sanggam, Bobby, Mera Naam Joker, dan Haati Mere Saathi (Filem Hindi feveret masa kecik-kecik dulu dan juga filem feveret Papa aku).

Thursday, June 17, 2010

Antara Perkara Yang Orang Buat Orang Kata Aku Pelik

1. Aku suka menghafal dialog dari filem. Contohnya antara dialog yang aku suka ialah " This is England,this is England and this is England (Filem This Is England)" " My mother always said, life was like a box of chocolates, you never know what you're
gonna get (Filem Forrest Gump)" "Choose life, choose job, choose career, choose big f**kin' television(Filem Trainspotting) dan banyak lagi.

2. Aku suka menonton filem yang boring(bagi mereka) dan lembab berbanding filem aksi atau filem lawak. Contohnya aku suka filem Casablanca, Whisper of The Heart, Love Conquers All. Tambahan pula aku kutuk filem Avatar, Transformers dan Adnan Sempit(Yang diorang suka sangat tu)dengan mengatakan filem-filem tu sangat boring haha.

3. Aku suka baca karya-karya novel, buku, blog yang aku sendiri tak faham. Contohnya karya Sufian Abas dan Adolf Hitler.

4. Aku suka dengar musik dari Perancis, Russia dan Sarawak. Contohnya Yann Tiersen, Mikhail Smirnov dan Jerry Kamit.

5. Aku budak skema, geek tapi pakai seluar ganas-ganas(koyak-koyak) dan bergaya habis Rockstar.Tambahan pula aku pakai kasut steel toe tapi tak tahu apa kejadahnya kegunaan steel toe tu.

6. Aku lebih suka black and white berbanding warna (hitam putih bukan warna ok). Contohnya 2 poster dalam bilik aku Black & White(dua-dua poster Marilyn Monroe), beg aku juga Black & White(Lonsdale cetak rompak) dan aku juga suka filem Black & White.

3 post dalam satu hari..Damn....

Kick Ass



Ye aku tau cite ni dah basi tapi Kick Ass is awesome!!! Terbaik. This is what a superhero should be! Ganas, kejam, sadis huahauhauahaua...Actually aku dah muak dengan cerita-cerita superhero yang terlampau baik hati dan berlemah lembut dengan penjenayah. Tapi Kick Ass dah bawa kelainan. Di sini heronya dari seorang geek menjadi seorang yang tidak teragak-agak menarik picu bazooka(Thanks to super-awesome-acrobatic Hit-Girl)...Whooaa... Jalan cerita dia memang tak logik,(contohnya polis seolah-olah tak buat kerja dalm cite ni.) so aku x letakkan filem ni dalam list filem terbaik pernah aku tengok. Tapi idea tentang superhero tak perlu baik hati buat aku suka gile filem ni (walaupun cite Watchmen sebelum ni mengangkat idea yang sama & aku suka jugak dan Watchmen adalah antara filem superhero terbaik pernah aku tengok selain The Dark Knight). Ready to get your ass kicked? Go watch Kick Ass(pada sape-sape yang belum tengok lah)!!

Racist

A: Asal ko suka beli barang kat sini?Sini kan kedai Cina.Kedai Melayu depan tu kan ada.
B: Sini murah.Kedai Melayu tu mahal sikit.
A: Kalau aku, aku lagi tetap support Melayu walaupun mahal.
B: Suka hati ko lah (stupid racist bastard!)

Monday, June 14, 2010

Sebab Untuk Menonton Filem

Bagi aku, ada sebab kenapa seseorang itu suka menonton sesebuah filem.

1. Kerana dia sukakan pelakonnya. Contohnya aku menonton setiap filem lakonan Leonardo di Caprio.

2. Kerana dia sukakan pengarahnya. Contohnya aku menonton setiap filem arahan Jean Pierre Jeunett, Yasmin Ahmad dan Hayao Miyazaki.

3. Kerana dia sukakan genre filemnya. Contohnya..er xde contoh. Aku layan semua genre.

4. Kerana trailernya sangat boom. Contohnya masa aku menonton trailer untuk filem The Imaginarium of Doctor Parnassus.

5. Kerana kawan ajak tengok. Contohnya masa aku menonton Brainscan, filem yang membuatkan aku hampir terlena di dalam panggung.

6. Kerana bosan. Contohnya masa aku menonton filem Papadom semalam wakaka.

Tonton Papadom Sambil Makan Papadom

Semalam, disebabkan aku tak ada apa-apa aktiviti yang bernas, aku luangkan masa aku yang sangat bosan tu untuk melayan cite Papadom. Ya Papadom yang korang rekemen dekat aku suh tengok tu. Oklah, cite dia fun, serius menghasut aku untuk tengok sampai habis.Papadom sebuah cite yang bagus, cuma ada beberapa babak yang buatkan aku rasa macam nak makan laptop masa tengok cite ni. Contohnya, masa babak encik Farid Kamil diperkenalkan, dia dikerumuni oleh beberapa orang gadis dan konon-kononnya peminat(mintak tandatangan la bagai)dan kemudiannya peminat2 beliau blah.Ada dua bende yang buat aku menyampah masa tu.. satu, kamon la...filem melayu asal pakai pelakon extra je(peminat-peminat tulah) tros cam haram jadinya... diorang betul-betul mencacatkan mood aku untuk menyukai filem ni. Seken, babak yang sama, kalau macam tu sambutan gadis-gadis terhadap Farid Kamil, kenapa babak tu je yang ditunjukkan Farid Kamil ramai peminat? Kenapa bila dia buat shooting dekat padang ragbi tak ada yang berebut mintak dia sain?(dalam kes ni aku rasa encik Adflin agaknya tak berani pakai extra lagi kot)Sedangkan kalau betul-betul peminat, mesti diaorang tau Farid Kamil akan shoot dekat padang ragbi. Huahuahua. Satu lagi babak yang aku tak suka ialah semua babak melibatkan si Scha. Kenapa watak seperti Scha mesti seorang yang repeat paper, bodoh sombong, jahat yang terang terang jahat dan senang gile kantoi? Aku lebih suka kalau watak si Scha tu ditukar kepada watak genius yang segala-galanya lebih terer dari Liyana Jasmay. Dan dia menggunakan kegeniusan dia untuk mendampingi Liyana Jasmay untuk memerangkap dia secara halus..wahahahahah..da jadi cam cite psycho plak..Tapi apa pun, babak yang aku rasa korang paling suka dalam cite ni adalah babak masa Afdlin Shauki kantoi dengan Liyana Jasmay yang dia jadi spy dekat UiTM tu. Yup sangat touching. Apa pun cite ni lebih ok dari cite-cite Melayu yang lain (kecuali karya U-wei dan Yasmin Ahmad), lebih bijak dan lebih lawak dari cite Adnan Sempit (yup adnan sempit sangat boring dan tah pape). Dan apa yang aku suka dalam cite ni ialah watak Saadom yang sangat sayangkan anak dia. En Afdlin memang pelakon yang baik. Tahniah.

Tuesday, May 25, 2010

Video

Aku jumpa satu video dalam laptop kawan aku.

MLM

Razi: Bro gua ada satu projek baik punya...bole dapat 3 ribu dalam masa sekejap je..
Aku : oh ye ke?projek apa tu?
Razi: Projek ni senang je..x payah cari downline..x payah jual barang..
Aku : Menarik tu..macammana?
Razi: Macam ni..ko bayar aku sekarang 3 ribu...
Aku : Lepas tu?
Razi: Ko bayar aku 3 ribu...aku dapat la 3 ribu...aku tak cakap ko yang dapat...hahahahaha

Sial punya Razi..

Monday, May 24, 2010

Top 5 filem Malaysia feveret aku ialah:

1. Jogho-dir U-Wei Haji Saari
2. Sepet-dir Yasmin Ahmad
3. Sell-Out-dir Woon Joon Han
4. Kami The Movie-dir Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak
5. Love Conquers All-dir Tan Chui Mui

Sunday, May 23, 2010

2010

Tahun 2010 merupakan tahun di mana aku :

1. Mula dengar lagu slow2...X dengar lagu ganas2 lagi dah..AF pun aku belasah layan juga..

2. Mula belajar masak nasi sendiri dan masak lauk sendiri.

3. Mula meninggalkan Myspace dan Tagged.

4. Mula bekerja dengan serius.

5. Mula memikirkan untuk beli kereta, TV lcd, Mesin Basuh Otomatik, DVD Player, Sofa, meja makan, basikal dan lain-lain.

6. Baru terfikir yang getting old is not a bad thing >:)

Thursday, May 20, 2010

Dalam Hati Ada Taman

Curious tentang populariti ayat "Dalam hati ada taman", aku cuba menonton cerita Adnan Sempit. Punya lama aku tunggu, rupa-rupanya dia sebut ayat 2 masa ending...Dem,...

Tuesday, May 11, 2010

Cikgu

Cikgu : Saya mahu rampas cd kamu..berani kamu dengar lagu rock dekat sekolah ye..

Murid : Cikgu, nanti dulu...sebelum cikgu rampas, saya mahu cikgu dengar dulu lagu ni..ia x seteruk yang cikgu sangkakan..

Setelah cikgu mendengar lagu tersebut....

Cikgu : Wah betullah...melodi lagu ni sangat menarik...minta maaf, ambil balik cd kamu, tapi...apa tajuk lagu ni?

Murid : School Sucks....Errr....

Monday, May 3, 2010

25 lagu dalam playlist aku sekarang

1. My Mistakes Were Made For You - The Last Shadow Puppets (UK)
2. Alam Fantasi – The Official (Malaysia)
3. Datun Julut – Jerry Kamit (Malaysia)
4. Ku Impikan Bintang - Sean Ghazi (Malaysia)
5. Just You And Me – Zee Avi (Malaysia)
6. Gelora – P. Ramlee & Saloma (Malaysia)
7. Malam – Plague Of Happiness (Malaysia)
8. Tian Mi Mi –Teresa Teng (China)
9. Zlatye Gory – Mikhail Smirnov (Russia)
10. La Valse d’Amilie – Yann Tiersen (OST Amelie, France)
11. Borneoland – Silwayd (Malaysia)
12. Pengembara Cahaya – Space Gambus Experiment (Malaysia)
13. Dancin’ – Mc Syze (Malaysia)
14. Kuai Le Tian Tang – A-Kuel (China)
15. Fuori Dal Mondo - Ludovico Einaudi (OST This Is England, Unknown)
16. A Game of Cricket – Andrian Johnson (OST Becoming Jane,UK)
17. 505 – Arctic Monkeys (UK)
18. Run – Snow Patrol (UK)
19. Sweet FA – OAG (Malaysia)
20. Again – Yui (Japan)
21. Paranoid Android – Radiohead(UK)
22. Let’s Never Stop Falling in Love - Pink Martini
23. First of the Gang to Die – Morrissey (UK)
24. Mardy Bum – Arctic Monkeys (UK)
25. Duvet – Boa (Korea)

Tuesday, April 20, 2010

Oh?

Pada mulanya, aku ingat perasaan dirijek sama seperti dilanggar lori berisi kayu balak. Digilis dengan tayar depan sehingga kepala hancur berkecai, kemudian jadi hidangan si lalat-lalat.

Tapi, … rupa-rupanya tak rasa apa pun…

Nama

2-3 hari ni aku sangat suka membaca nama-nama yang menggeliatkan lidah.
Contohnya:

Roman Pavlyuchenko - Pemain bola sepak dari Russia

Friedrich Wilhelm Nietzsche – Philosopher dari Prussia/Jerman

Piotr Cugowski - Penyanyi dari Perancis

Leonardo di ser Piero da Vinci – Pelukis, arkitek, doctor dari Itali

Favorite quotes of the day:

I love those who do not know how to live for today - Friedrich Nietzsche

Monday, April 19, 2010

Bosan

Aku hirup kopi.

Tangan aku capai New Straits Times. Aku baca 2-3 helai.

Bosan. Politik.

Aku pasang lagu. Kumpulan Piring Hitam.

Tajuk lagu…kau tipu aku??

Merepek 3

Aku semakin suka jazz, akustik, dan hitam putih…
Alamak…aku sudah tua…

***

Ketika lapar, bintang pun nampak sangat sedap dimakan. Sayangnya tangan tak mampu nak capai.

***

Apakah benda paling merepek pada tahun 2010?
Bibot AF8

***

Ku kira Anne Hathaway sangat berjaya... menjadi Jane.

***

Saya sentiasa hilang skru ketika saya menekan papan kekunci, memegang berus, memegang pen dan menekan tetikus.
Hari ini saya sudah hilang 3 skru…

***

Boleh tak rekod lagu guna gramophone?

Merepek 2

Kami meminati filem-filem karya Jean-Pierre Jeunet dan Stanley Kubrick.

Kami juga ngefans kepada Ella Flizgerald dan Louis Amstrong.

Artis Malaysia?Emm P.Ramlee dan Sean Ghazi mungkin…Saloma juga…

Kami suka catan-catan Vincent Van Gogh dan silkscreen Warhol. Ohya catan Datuk Syed Ahmad jamal juga sangat best.

Buku?Kami suka karya Dina Zaman dan Khoo Kheng Hor. Dua-dua dari Malaysia. Serius...

Kami suka makan sayur, tapi kami bukan vegetarian…kami masih suka makan sardine cap ayam. Tapi masa kami kecik kami benci sayur.

Kami suka tanam bunga tapi malas nak jaga…kami selalu siram air banyak-banyak pada pokok-pokok bunga supaya kami tak perlu siram lagi untuk 2-3 hari akan datang.

Kami suka bela kucing.

Kami suka tengok Akademi Fantasia, Mentor, Malaysian Idol dan yang seumpama dengannya masa episode audition sahaja. Episod lain dah tak kelakar lagi…

Ya…kami agak old skool…kami suka tengok tv hitam putih.

Kami suka Marilyn Monroe.

Kami suka bertikam lidah sebab benda-benda kecil, dan kami suka cari bukti-bukti kukuh untuk memenangkan kami.

Kami gila buku…Kami sanggup beli buku berharga USD200 kalau buku itu kami suka walaupun duit kami cuma tinggal USD200.01 sahaja.

Orang kata kami pelik, tapi bagi kami mereka yang pelik.

Merepek 1

1 kanvas putih.

Diconteng dengan ideologi si Hitler.

Sampai botak kepala dan berkaki besi.

Monday, April 5, 2010

Bola AF

Kawan aku tanya "Malam ni Manchestee lawan Chelsea..ko sokong mana?"

Aku jawab "aku sokong Adira.."

Friday, March 26, 2010

Takut?

X salah berasa takut...Ia menyebabkan anda menjadi lebih berhati2..:)

Kata-kata Hikmat

“The secret to creativity is knowing how to hide your sources.”

~Albert Einstein

Merepek

Memiliki seorang girlfriend lagi mahal dari memiliki sebuah Blackberry :P

Wednesday, March 17, 2010

Oreo

Putar..Jilat..Celup..

............
............

Oh lupa letak gula dalam kopi..patutlah pahit..

Monday, March 8, 2010

Pengalaman pertama kali memasak

Mak cik gua balik kampung...perut plak dah main lebih 90 mp3 hari ni..memekak je dr pg.Nak pegi makan kt kedai,...malas....Jadi gua xde pilihan lain selain memasak sendiri, walaupun gua akui yang tangan gua masih dara dari memegang kuali dan bawang putih....tapi apa ada hal, masak bukan benda susah pon...

menu hari ini, sup ayam...

Mula-mula gua panaskan minyak. N then masukkan bawang merah dengan bawang putih...
lepas 2 masukkan air, masukkan serbuk sup adabi..kacau sikit2...masukkan ayam,...last sekali tabur garam dengan gula,...tunggu 10 minit..setel...

Dengan bangganya aku mula mencuba hirup hasil masterpiece gua yang pertama 2...

Ok...Masakan ni perlu tambah bahan sikit je lagi,..baru lebih masterpiece..

Tanpa berlengah, aku keluar rumah, menuju ke kedai berhampiran untuk mendapatkan bahan tersebut,..

Sampai kedai, aku cakap dekat akak waiter " kak, kasi nasi putih satu, sup ayam satu eh..oh telur dadar sekali.Bungkus ye"