Friday, November 6, 2009

Happy Birthday Illi


Thursday, July 9, 2009

Help

Boleh x sesiapa tolong ajar saya bahasa perempuan?

Wednesday, July 1, 2009

Tuesday, April 28, 2009

KLIK 1

"Dah lama sampai?"Mat Lan tersengih-sengih pandang aku.
"Kepala hotak kau..lama aku tunggu tau tak..kol 3 jadahnya",jawab aku. Angin betul aku dengan Mat Lan. Dari tadi aku pikir nak pakai buah wrestling apa paling best nak smackdown Mat Lan. Mat Lan cuba buat-buat muka tak bersalah. "Er..kita dah lambat dah ni.Jom ah"kata Mat Lan. Tau pulak dia lambat. Kalau bukan sebab adik dia cun, aku takkan kawan dengan Mat Lan ni.

Aku jalan ikut Mat Lan. Malas nak layan lahanat sekor nih. Kitaorang sampai kt kete Kelisa Mat Lan. Mat Lan boleh berlagak pakai kete sebab famili dia boleh tahan kaya. Nak harapkan Mat lan yang pemalas ni beli kete tunggu ayam tumbuh janggut pon belum tentu dia dapat beli. "Sebenarnya adik aku nak ikut ari ni..tapi aku x bagi. Kalau dia ikut sape nak jaga rumah" kata Mat Lan. Celaka punya Mat Lan. Saving adik. Mentang-mentang aku ada hari ni. Terus x nak bawak adik dia.

"Apa salahnya kalau ajak dia sekali..Adik ko pun nak bersosial jugak. Ko asyik keluar je. Adik ko pon nak keluar jugak" Aku cuba membantah Mat Lan. "Ala..xpe..Lagi pun aku takut ko segan kalau ada perempuan plak ikut" Mat Lan cuba menegakkan pendirian dia. Sah! Mat Lan saving adik. Segan kepala hotak dia. Cakap jelah dia takut aku nak ngorat adik dia. Pigi dah. Ko ingat aku nak sangat berabang iparkan ko?

Aku membisu. Malas aku nak bertekak sebab aku tau aku takkan menang. Mat Lan pun diam. Aku tengok dia macam tengah berfikir. Jap...bukan berfikir. Mat lan bukan jenis orang berfikir. Dia xde otak macammana mau fikir?

" Speaker ko rosak ke?"Aku tanya Mat Lan.
" Eh tak lah..elok je?Kenapa? "Mat Lan mula menggelabah tengok speaker dia.
" Tah..sunyi je ..Aku ingat rosak."Aku saje perli mat Lan.
" Yelah-yelah... Jap ah aku pasang lagu."

Apabila lagu berkumandang, aku mula menyesal suruh Mat Lan pasang lagu. Damn! Aku lupa Mat Lan suka dengar lagu Backstreet Boys. Tuhan, cepatlah aku sampai!

Monday, April 27, 2009

....

Aku tengok jam. Entah kali ke berapa dah aku tengok jam, tapi Mat Lan belum sampai-sampai lagi. Tah apa si lahanat tu buat aku pun tak tau. Pukul 3 konon. Sekarang dah pukul 4:30 tahu tak. Dia x tau ke aku boleh bertukar menjadi seekor Hulk kalau menunggu orang lama-lama?Jap..Hulk ada ekor ke? Ah lantak la..Peduli hape aku..Pusing betul kepala aku. Dah la kat sini xde sorang pun awek yang hot. Semua muka macam baru lepas bangun tidur je. 'Sabar..sap kok lu' bisik hati kecik aku. Aku keluarkan rokok sebatang. Rokok yang dah lenyek tu aku bakar sambil membayangkan rokok itu adalah Mat Lan. Nak mesej dia kredit aku dah kong. Aku plak x gila nak jalan tengah-tengah panas ni nak cari Telefon Awam. Ikut hati aku nak blah je. Biar padan muka Mat Lan cari aku nanti tak jumpa. Mat Lan bukan reti nak call aku. Aku tau Mat Lan jenis saving kredit dia untuk call awek yang dia ngorat kat Myspace je. Macam la awek tu nak sangat kat dia. Dalm 10 awek dia ngorat tu adalah sorang yang sangkut. Tu pun muka macam Doraemon. Aku tengok jam lagi. 4: 42 ptg. X sampai lagi budak ni. Melayu sungguh Mat lan ni. Kalau la aku boleh transformkan Mat Lan jadi amoi yang cun gile dah lama aku buat macam tu. Celaka betul. Mana Mat Lan ni?

Thursday, April 23, 2009

Q&A

Q: Kenapa rambut ko panjang?
A: Sebab gua rock

Q: Kenapa jeans ko koyak rabak?
A: Sebab gua rock

Q: Kenapa ko suka lagu bingit tu?
A: Sebab gua rock

Q: Kenapa ko tak solat?
A: Sebab err..aa...gua...err..

Kasut Baru Gua

Setelah 2 pasang converse aku hilang, akhirnya minggu lepas aku buat keputusan untuk beli kasut baru. Kebetulan plak masa tu aku hantar adik aku pegi Kampung Baru, aku singgah KLCC jap cari converse sepasang. Lepas aku belek2 converse yang ada kat situ, aku angkat la sebijik kasut converse warna nak2 putih. Lepas beli, aku terus balik rumah. Hajatnya nak tayang kt org2 kt rumah kasut baru aku tu. Muka senyum je sampai rumah. Beg plastik converse tu aku angkat tinggi sikit. Aku duduk depan diorg buka plastik. Mesti diorg puji kasut aku lepas ni. Aku buat2 try kasut aku depan diaorg. Ya mak cik aku macam mau membuka mulut untuk pujian yang pertama. Aku dengar dia cakap " Apasal ko beli kasut sekolah?"

Monday, March 30, 2009

SAVE BORNEO RAINFOREST

Friday, March 27, 2009

Ramai Orang Cakap Muka Aku macam Alex Turner.

Betul ke?

Sunday, March 22, 2009

A call to stand up and take control over the future of our planet.

this is the earth's election..it's up to u to decide..earth or global warming..wehehehe
on March 28 you can VOTE EARTH by switching off your lights for one hour at exactly 8.30 pm - 9.30 pm..
or you can vote global warming by leaving your lights on..ngahahaha..it's ur call..

x payah susah2...rumah aku elektrik mmg dah kene potong..ari2 aku vote utk bumi..hahahah

Saturday, March 7, 2009

My 1 st Wedding Job



Pengalaman Ngeri Dalam Bas

Satu hari masa aku naik bas, aku nampak ada satu seat kosong. Aku pon tengok macam xde orang nak duduk, aku pon pegi la ke seat 2 kononnya nak duduk la. Tetiba je ada sorang awek cun tahap Jessica Alba meluru nak duduk seat tu jugak. Kami bertembung. Aku tengok awek tu. Awek tu tengok aku. Disebabkan aku baik hati, aku pon bagi dia seat tu dengan harapan pasni dia pon baik hati bagi no telefon dia ke bg business card ke ataupon sekadar bagitau nama dia pon cukup la. Lepas duduk je, tetiba phone dia berbunyi. Aku dengar dia jawab phone 2.

" Abang, Ayang dah kt atas bas ni. Tengah on the way nak balik rumah. Ok bye2..I love you."

Dalam hati aku", SHIT!"

Tuesday, March 3, 2009

Bus

Terima kasih RapidKL sebab bagi peluang untuk aku mencarut setiap hari...

Thursday, February 19, 2009

Penat-penat

Banyaknye keje...haih.....x cukop tdo lg...Aku br blk dr Johor ni..so xde update aa...

Thursday, February 12, 2009

REMAJA

Satu petang masa aku tengah lepak2 kt rumah tetiba ada la dua ekor mamat ni nama dia sorang Mr. X dan sorang lg Mr. XX(Dua2 bukan nama sebenar. terima kasih) dengan loratnya panggil aku dengan 2-3 orang lagi kawan aku. " Weh tolong aku jap, aku nak amek gambar korang untuk projek aku lah", Kata Mr. X. Aku cakap ,"Aku pakai short je ni.Xpe ke?Project apa nih?" Mr.XX plak menyampuk. "Xpe. Tolong wei aku nak kene submit dah nih." So aku bajet ni mesti project yang lecturer diorg bagi nih.

Maka kitaorang pun amek la gambar kt taman belakang rumah aku. Macam macam gaya plak mamat tu suh kitaorang buat. Leceh gile. Tapi tolong member punya pasal aku ok kan je. Suruh aku berenang kuak lentang atas rumput pon aku buat. Settle amek gambar kitaorg, Mr.XX dan Mr.X ucap terima kasih dan tros blah.

Sebulan lepas tu ada kawan aku YM aku", Wei,muka korang masuk majalah REMAJA!Glamour siot!Hahahaha!"

Cibeng!!!

Wednesday, February 11, 2009

Aku dan Converse

inilah Converse buruk aku

Aku ada banyak koleksi kasut pelbagai jenama. Aku ada Vans, Dr. Marten, Police, Converse dan kasut cap ayam yang aku beli dekat pasaraya ekonomi Wah Seah dekat Tanah Merah. Banyak-banyak kasut aku, aku paling suka kasut Converse dan kasut buruk tu jugak paling bayak melekat kt kaki aku sebab:

1. Ringan berbanding kasut lain. Vans dengan Dr. Marten tu berat nak mampos tapi aku beli jugak dulu sebab popular dan ramai orang pakai. Aku pon nak popular jugak.

2. Kalau letak Converse sebelah kasut Pallas Jazz orang akan tetap pandang kasut Converse walaupon bentuknya sama. Kasut Bata apatah lagi.

3. Ramai artis rock pakai Converse macam Kurt Cobain, Avril Lavigne, Sid dan Yui. Walaupon mereka x berapa rock sangat tapi mereka rock juga sebab rambut panjang. Orang tak rock pakai kasut Bata saja. X pon kasut Gombak.

Situasi Ini Boleh Terjadi pada Anda.

Lokasi: Pasar Ramadhan.
Masa: +-6:30 p.m

Aku dengan Yazid pegi ke pasar Ramadhan. Er..sebetulnya aku tumpang Yazid pegi pasar Ramadhan naik moto dia. Lepas puas membeli belah makanan yang kitaorang x pernah makan masa bukan Ramadhan tu, kitaorg balik ke tempat parking moto. Yazid pon dgn confidentnya start moto tu. Ajaibnya, moto tu x nak hidop. Yazid try banyak kali tapi tetap x hidop jugak. Aku dah mula terfikir bala apa yang menimpa aku hari tu. Adakah kerana itu "sign" aku terbatal puasa kerana terkorek hidung ataupon moto tu keletihan berpuasa jugak. Aku pon x pasti.

Aku cakap dengan Yazid.

Aku: Bro pecite ni bro?

yazid: tah la.asl xnak hidop aaa..pelik.selalu elok je moto nih.

Lepas dua-tiga minit termenung, Yazid pandang moto sebelah.

Yazid: Oh, patutlah xnak hidup..kita salah moto. Tu baru moto aku!

Tuesday, February 10, 2009

It's All Gone Pete Tong

Salah satu movie terbaik penah aku tengok. Biasa lah. Cite UK. Rare. Rock. Sadis. Suma ada. Layan.Review lebih lanjut di http://itsallgonepetetong.com/

Makna Sekolah

Sekolah adalah :

1. Tempat melepak.
2. Tempat jumpa kawan2.
3. Tempat main bola.
4. Tempat makan murah(kantin).
5. Tempat buli pelajar junior.
6. Tempat tidur masa cikgu xde.
7. Tempat cari awek.
8. Tempat berkenalan.
9. Tempat yang kene pakai kasut putih.
10. Tempat belajar Kajian Tempatan.

Pemikiran Tipikal (Lelaki)

1. Rambut panjang = Rock. Kutu. Isap dadah. Miskin. Sampah masyarakat. Macam beruk. Beruk punya Melayu.

2. Botak = Skinhead. Ganas. Nazi. Zalim. Ludah orang. Dan x pakai Brylcreem.

3. Rambut pendek = Baik. Alim. Berwibawa. Sopan santun. Banyak duit. Bakal menantu. (Padahal mat rempit.)

Monday, February 9, 2009

Dream(English Blog With Bad Grammar)

It was my dream and sah2 la I was the hero ye tak. In my dream, I have a cute Indian girlfriend which I already forgot her name(celaka, pagi tadi masa tgh blur aku ingat). We've got a little problem with a brutal, sadis serial killer who come from mana tah mana aku tau. So in the dream, I fight him like Tony Jaa do in Ong Bak 2. Like other typical crook guy in Malay drama, he got a knive. I feel sorry for him because this is my dream and I was the hero, so automatically I won then fight. I kill him without any belas kasihan. After killing him, my girlfriend's mother arrived at that place. She said to me "Thank you for saving my daughter. Now I know you are a nice guy. I let you marry with my daughter." So I look at my girlfriend and said " So, when we are going to be married?"

As my girlfriend open her mouth to say something, I hear my friend say " Woi bangun la bodoh! You've got interview today ngos!"

I look at my watch. 12.15 p.m. The interview is at 10 a.m. SHIT!

Promo Undi Ketua Blok Asrama Sekolah

"Undilah saya Mr.XXX. Percayalah sekiranya anda mengundi saya, saya akan memberikan anda bermacam-macam hadiah seperti sikat rambut dan cermin untuk 'menyemart', sejadah, tikar getah, tiket balik kampung, selipar..bukan selipar jepun, tapi selipar yang berjenama. Cepat-cepat undilah saya."

Sifu & Tongga

Kenapa xde orang balas sms aku bila aku ajak tengok cite ni? :D

update: hahaha akhirnya ada jugak sorang minah ni cakap jom. Soalannya sekarang macammana aku nak kensel balik?hurm...

Sunday, February 8, 2009

10 Things I Know About Me

1. Baik hati, peramah, pemalu, beriman, sopan santun dan tak kedekut. X caya tunggu aku menang One In A Miilion, aku belanja korang roti canai mamak sorang sekeping.

2. Rock. Dulu rambut panjang tapi sekarang dah pendek sebab kene paksa potong rambut oleh mama aku.

3. Suka tengok cite dari UK sebab cite dia lagi rare, ganas, sadis, rock dan realiti tapi dulu aku pernah layan cite Hindustan sampai nak nangis.

4. X suka makan makanan fast food sebab x kenyang. Tapi kalau dibelanja aku tibai je. X caya try la offer.

5. Suka pakai seluar koyak sebab aku rock. Seluar baru pon aku selamba yaya je koyak pakai pisau.

6. Suka Pop Art sebab sape x suka popular hahahaha. Buktinya jenguk2 la audition AF, One in A Million dsb.Bersepah umat nak popular kt situ.

7. Suka tengok awek cun tapi x berani nak ngorat sebab biasanya awek cun ditemani oleh balak x berapa hensem tapi ada besi ( merangkap kereta, jam berjenama, atau motosikal rempit)

8. Suka menyanyi. Suara aku sedap jugak. Tapi aku main drum, susah nak nyanyi.

9. X reti-reti main gitar walaupon dah setahun belajar. X suka sangat main gitar tapi belajar jugak sebab kalau nyanyi sambil main gitar nampak cool dan ramai awek suka.

10. Aku ada banyak barang berjenama tapi semua x ori atau dalam bahasa pasarnya barang "local" kecuali Converse buruk aku tu je sepasang yang ori. Tu pon beli time offer 50 %. Eh, dah cukup 10 ea?

Kedai Mamak

Kenapa aku suka kedai mamak:

-Layanan yang pantas mengalahkan KFC. Kalau order lambat sampai aku boleh marah sambil mencarut "kimak punya mamak".

-Boleh lepak 2-3 jam dengan hanya minom air teh tarik secawan, roti kosong sepinggan.

-Kedai mamak 24 hours, sesuai utk spesis Batman macam aku nih.

-Kedai mamak banyak pilihan. Nak makan apa, roti canai?roti nan?nasi lemak?nasi campur?tu blom campur mak cik2 yang datang jual plastik berisi kerepek pisang dari meja ke meja lagi tu.

-Leh tengok gelagat penyokong2 Manchester United yang macam2 peel tul.terutama kalau Man U kalah. Atau pon time ref buat taik berat sebelah.Kelakar.

-Boleh tengok awek cun2 dan seksi yang baru balik clubbing.

Cuma yang aku x suka kedai mamak adalah time nak bayar. Cekik darah. Mahal nak mampos.

Jangan Gelak

Tempat Kejadian: Falkuti Seni Shah Alam
Tarikh Dan Masa : Lupa
Pelakon: Aku, Mr.Roujard, Yazid

Scene : Kelas baru habis. Mr.Roujarg cakap dengan aku

Mr.Roujarg : Weh, aku bawak kete bapak aku ari ni. Ko nak tumpang aku tak?
Aku : Ok gak tu. Tp td bukan ko masuk kelas dengan Yazid ke?
Mr.Roujarg (dengan muka confident) : Yazid datang naik moto tadi.
Aku : Ok la kalo macam tu.

Maka aku pon tumpang kete dia balik. Sampai kt pondok pak guard.

Truuut2

Aku : Helo?
Yazid : Bro mana lokasi?
Aku : Aku dgn Mr.Roujarg kat pondok pak guard nak balik.Nape?
Yazid : Woi nape tak tunggu aku?!!!

Aku pandang Mr.Roujarg.

Aku : Bro, tadi ko ckp Yazid datang naik moto kan?
Mr.Roujarg : Eh, a'aa Yazid datang tumpang kete aku tadi!

Thursday, February 5, 2009

Gambar Dari Melaka



Friday, January 9, 2009

Ipoh

Scene from Ipoh Town

Gathering

"When photographers 'lepak' at kedai mamak"