Wednesday, February 11, 2009

Aku dan Converse

inilah Converse buruk aku

Aku ada banyak koleksi kasut pelbagai jenama. Aku ada Vans, Dr. Marten, Police, Converse dan kasut cap ayam yang aku beli dekat pasaraya ekonomi Wah Seah dekat Tanah Merah. Banyak-banyak kasut aku, aku paling suka kasut Converse dan kasut buruk tu jugak paling bayak melekat kt kaki aku sebab:

1. Ringan berbanding kasut lain. Vans dengan Dr. Marten tu berat nak mampos tapi aku beli jugak dulu sebab popular dan ramai orang pakai. Aku pon nak popular jugak.

2. Kalau letak Converse sebelah kasut Pallas Jazz orang akan tetap pandang kasut Converse walaupon bentuknya sama. Kasut Bata apatah lagi.

3. Ramai artis rock pakai Converse macam Kurt Cobain, Avril Lavigne, Sid dan Yui. Walaupon mereka x berapa rock sangat tapi mereka rock juga sebab rambut panjang. Orang tak rock pakai kasut Bata saja. X pon kasut Gombak.

0 comments: